JASA MU DIKENANG

Encik G. Krishnabahawan

Dari kota pergi ke desa,
Melihat bunga indah di taman,
Datangmu ke Selandar menabur jasa,
Tetap dikenang ke akhir zaman.

    Begitulah kisah Tuan Pengetua Sek. Men. Keb. Selandar, En. G. Krishnabahawan, anak kelahiran Kuala Lumpur yang telah bertugas di sekolah ini mulai Tahun 1995. Beliau dilahirkan pada 10 November 1943. Anak ketiga daripada 9 orang adik beradik. Sejak berusia 3 tahun, beliau menunjukkan minat dan kesungguhan dalam pendidikan apabila beliau selalu mengikut kakaknya pergi ke sekolah. Oleh itu bapanya telah menghantar beliau ke seolah pada usia 4 tahun.
    Beliau telah bersekolah di Sek. Jenis Keb. Tamil di Puchong bermula dari darjah satu hingga darjah empat. Seterusnya beliau belajar di Sek. Jenis Keb. Tamil Vivekananda, Petaling Jaya sehingga darjah Tujuh. Ketika usianya 12 tahun lagi beliau telah pun menjadi seorang guru dan mengajar Bahasa Tamil di salah sebuah sekolah Tamil. Perkhidmstsn belisu secara rasmi dalam dunia pendidikan adalah ketika berusia 16 tahun iaitu mengajar di Sek. Jenis Keb. Tamil Vivekananda, Petaling Jaya.

Antara pengalaman beliau dalam bidang pendidikan ialah :

1959 - Menduduki peperiksaan Lower Certificate of Educaion
1960 - Mendapat tawaran menjalani kursus latihan perguruan.
1963 - Beliau tamat kursus perguruan dan mengajar di SK(T) Vivekananda, P. Jaya.
1964 - Beliau mengambil peperiksaan Malaysian Certificate of Education.
1965 - Mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Malaysian Certificate of Education.
1966 - Beliau mengambil peperiksaan Higher School Certificate.
1967 - Mendapat tawaran menuntut di Universiti Malaya sehingga mendapat ijazah.
1971 - Menjadi seorang guru siswazah dan berkhidmat di Sek. Men. Tengku Ampuan
           Rahimah di Klang  mengajar matapelajaran   Matematik dan Geografi.
1977 - Beliau berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia di Pusat Perkembangan
           Kurikulum.
1980 - Memperolehi Ijazah Sarjana Linguistik dari Unniversiti Annamalai
1995 - Memegang jawatan KPP Bidang Kemanusian di PPK.
 
Beliau dilantik menjadi Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Selandar di Jasin, Melaka hingga sekarang.
Ibarat kata pepatah ;
Bulat air kerana pembenrung,
Bulat manusia kerana muafakat,

    Begitulah prinsip yang diamalkan oleh beliau ketika berkhidmat di sekolah ini. Sebagai seorang pengurus, kesungguhan, ketabahan, keyakinan dan keazamannya yang kuat serta kerjasama yang erat dari guru-guru membolehkan beliau mewujudkan iklim sekolah yang harmoni dan peningkatan disiplin pelajarnya.
    Disepanjang pengalaman hidupnya, beliau berpegang kepada prinsip menepati masa yang telah membentuk dirinya menjadi seorang yang berdedikasi, berkaliber, amanah, jujur dan bertanggungjawab.
    Pada , 9 November, 1998 adalah tarikh persaraan beliau. Oleh itu kami, warga SMK Selandar amat menghargai jasa bakti yang telah mengahrumkan nama sekolah ini.
 


KATA-KATA ALUAN |SEJARAH | TENAGA PENGAJAR | PEKERJA| LENCANA SEKOLAH| LAGU SEKOLAH |AKTIVITI |GAMBAR-GAMBAR| JASAMU DIKENANG|