SEJARAH RINGKAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELANDAR
 
 

Selandar, sebuah kawasan yang agak terpencil dari Kota Melaka Bandaraya Bersejarah mahupun dari pekan kecil Jasin. Kedudukan geografinya serta taraf hidup penduduknya yang agak rendah, telah mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar yang berkebolehan.

Ramai pelajar lepasan darjah 6 dari sekolah-sekolah yang berdekatan kawasan Selandar terpaksa ke sekolah-sekolah di kota Melaka atau pun Jasin untuk menenruskan pengajian sekolah menengah mereka.masalah pembaziran masa, pengangkutan dan kewangan telah menembahkan lagi rintangan terhadap peluang pelajar-pelajar dari kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Menyedari hakikat ini, sebilangan tokoh tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah bagi mengatasi kepincangan yang dihadapi.

Sekolah Menengah Selandar yang terletak 0.3 km dari pekan Selandar telah memulakan era sejarahnya dengan pengambilan seramai 159 orang pada 1 Januari 1980, di mana kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Selandar yang telah di tempatkan buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Selandar dengan 12 orang guru dan seorang pekerja. Seterusnya di dalam tahun yang sama bangunan sekolah telah siap dibina bagi membolehkan pelajar-pelajar meneruskan pendidikan di bangunan sebdiri.

Sekolah Menengah Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka ketika itu pada 1 April 1986. Sehingga kini terdapat 6 ornag pengetua yang telah berkhidmat di Sekolah Menengah Selandar :

1. En. Abdullah bin Abd Majid 1 Jan 1980 - 31 Julai 1980

2. Cik Jamalleah bte Hj Ismail 1 Ogos 1980 - 15 Ogos 1982

3. En. Peter Lee Seng Lin 16 Sept 1982 - 15 Sept 1987

4. En. Ahmad bin Suleiman 16 Sept 1987 - 31 Dis 1989

5. En. Rahim bin Hj Ali 1 Jan 1989 - 15 Ogos 1990

6. Tn Hj Abdul Kader bin Hj Md Nor 16 Ogos 1990 - 27 Julai 1995

7. En G. Krishnabahawan 16 Nov 1995 -


KATA-KATA ALUAN | SEJARAH | TENAGA PENGAJAR|PEKERJA |LENCANA SEKOLAH |LAGU SEKOLAH| |AKTIVITI|GAMBAR-GAMBAR|JASAMU DIKENANG|