EN. G. KRISHNABAHAWAN
PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELANDAR
 

KATA-KATA ALUAN
 

Saya mengucapkan terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di halaman hompej ini. Tahniah saya ucapkan atas kejayaan ini yang pastinya menghadapi cabaran dan dugaan yang mana akan menambahkan lagi pengalaman dan kemahiran AJK yang terlibat.

Dunia kini mengalami satu perubahan yang radikal dalam menyebarkan maklumat melalui informasi teknologi dan ini akan menyebabkan sisitem pendidikan negara kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan. Oleh itu dengan terbentuknya halaman hompej sekolah ini dapat membuka mata bukan sekadar guru dan pelajar sekolah ini, malahan sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Secara tidak langsung ianya akan dapat memperkenalkan sekolah ini ke dunia luar dan dapat menyampaikan maklumat secara berterusan walaupun pelajar itu telah menamatkan zaman persekolahannya.

Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dengan harapan usaha konstruktif ini berterusan untuk menjana warga pendidik SMK Selandar yang cemerlang.


KATA-KATA ALUAN |SEJARAH | TENAGA PENGAJAR | PEKERJA| LENCANA SEKOLAH| LAGU SEKOLAH |AKTIVITI |GAMBAR-GAMBAR| JASAMU DIKENANG|